Post-Lasik Surgery @ Optometrix TTDI and Vista Eye Centre

Pengalaman lasik yang sangat best, boleh baca sini Lasik Surgery Seorang Ainee

Bila sebut pasal lasik, semua nampak indah kan? Tak perlu pakai spec, korang boleh pakai mascara, boleh melaram dengan pelbagai jenis tudung belit tanpa perlu risau spec akan mengembangkan muka kalian. Amboi.

Tapi 1 part yang orang tak sedar adalah post-lasik surgery. 

Macam yang aku cerita kat SINI, aku buat lasik kat Optemetric TTDI, meanwhile my husband buat kat Vista Eye Centre. Kitorang ada post lasik effect yang berbeza. Siapa yang lagi sakit? Hah, of course lah AKU! HAHAHA. 

Sebab tu aku dapat painkiller dari centre. Rasa sakit tu masyallah, rasa pedih sangat ibarat termasuk air garam dalam biji mata. Rasa sakit ni kat sebelah kiri je. Honestly, aku tak pasti sebab utama rasa sakit ni. Mungkin sebab mata kiri aku bukan main eye (main eye adalah mata kanan), atau mata kiri aku memang extra sensitif compare to mata kanan. Yang pasti, seharian aku berkurung dalam bilik sebab terlalu sakit. Aku tak nak cakap dengan sesiapa, yang aku nak adalah tidur sepanjang hari supaya tak terlalu fikirkan sakit mata ni. Haha, memang teruk ya. 

optive fusion optometrix ttdi lasik surgery
ni lah ubat ubatan yang aku dapat after surgery. Cuma aku terlupa masukkan painkiller dalam gambar. Kita akan dapat a set of eyedrop untuk kita pakai since after surgery, mata kita tends untuk jadi sangat kering. Kita kena selalu pakai eye drop untuk pastikan mata tak kering. Kalau kering, jadi gatal and pedih. Haa mula lah nak menggaru and gosok mata. Bahaya ya!

optive fusion optometrix ttdi lasik surgery
Ni pamplet yang termasuk dalam beg ubat ubatan tadi 

Compare to my husband, dia tak makan painkiller pun. And dia mampu melalui hari hari seperti biasa. Centre dia pun tak offer painkiller macam centre aku. 

And guess what, after je dia punya surgery, kitorang terus shoot ke Times Square untuk COD stock barang shopee ya. haha. Hustler bethol dia ni. 

Tapi, benda yang obvious adalah proses treatment kami dua pun berbeza. Aku, baring sepanjang surgery berlangsung. Mesin tu yang bergerak dan tak memerlukan aku untuk bangun. 

Meanwhile my husband, dia akan dititik kan 1 liquid kat mata. Kemudian dia akan suruh bangun dari katil dan duduk di luar sebentar. Lepas tu, dia bawa ke bilik surgery 1 lagi untuk laser. Bawah ni gambar Cik Wan kat Vista Eye Centre. Nampak je tenang, walhal dalam mask tu dia punya lah cuak nak masuk surgery room. 😃

lasik surgery vista eye care centre
Cik wan on the day of surgery. Kesian rambut pun comot sebab tak boleh pakai minyak rambut. Badan kena totally clean dari sebarang cosmetic dan bedak.

Jadi, aku tak sure sama ada mesin ni beri kesan level of pain mata yang berbeza ni atau memang bergantung di atas tahap ketahanan masing-masing. 

Yang penting, kitorang dah lepas fasa lasik surgery and we are very happy! Haha. Alhamdulillah all went well and tiadsa komplikasi teruk. 

lasik surgery vista eye care centre
Selepas lebih 10 tahun berkaca mata, this is our first dating tanpa kaca mata haha

Pesanan penaja: buat lah lasik sebelum power mata korang makin meningkat. Power mata tak pernah turun, tetapi akan naik dengan meriah saban tahun. Bila power/silau terlalu tinggi, treatment korang pun akan jadi mahal namampos ya. Better buat sekarang sebelum mencecah berpuluh ribu. 


Xoxo,

Bonda

Comments