Beli Shaklee di Shopee or Lazada Lebih Murah!

Mesti korang baca entri ni sebab nak tahu OK or tak untuk beli Shaklee dari ecommerce kan? 

Cerita dia, dah ramai customer kita beli dari e-commerce seperti Shopee, Lazada, Wish and macam macam lagi. Beli dari situ sebab harga terlajak murah. Nak jimat katanya.  Meh baca feedback dari one of my customer

Well, kalau nak jimat sangat sampai merbahayakan kesihatan, rasa rasanya untung tak? Kesihatan lagi mahal dari supplement tu sendiri ok. Kalau kena warded, beratus ribu kos perubatan kalian. 


Atas ni real feedback from my customer. tengok apa sudah jadi ayoyoyo


Kena faham 1 benda tau, beli di Shopee or Lazada, korang tak kan dapat semua benefit kat  bawah ni 

  1. Tiada konsultasi - no consultancy at all!
Di Shaklee, kami sebagai independent  distributor dilatih untuk memberi konsultasi kepada pelanggan dengan ilmu yang betul. Sebab itulah diadakan bengkel-bengkel nutrisi setiap bulan oleh ahli nutrisi bertauliah.  Kalau ada keraguan, kami akan refer pula kepada nutritionist jadi tak adalah nak memandai-mandai sebarang cakap untuk guide customer kami.

Ini melibatkan kesihatan. Sanggup kalian jeopardize kesihatan demi nak dapat benda murah lima hingga sepuluh ringgit jer?

2. Tiada Jaminan Shaklee - No Shaklee Guarantee

Shaklee telah mengeluarkan pekeliling bahawa tidak akan menjamin produk Shaklee yang dijual di laman e-dagang seperti Shoppee, Lazada dan lain-lain. Jaminan Shaklee hanya ekslusif untuk produk Shaklee yang didapatkan daripada cawangan Shaklee dan pengedar Shaklee yang sah sahaja.


kelebihan makan shaklee kelebihan order shaklee dari distributor sah

Tapi, atas ni semua KALAU you all beli dari distributor sah. 

Tapi kalau beli through Shopee, you all ingat diorang nak layan? HAHA. Kirim salam please. 

3.  Ketulenan dan Kualiti Produk Yang Diragui

Kalau lihat di any ecommerce platform, harga produk dan vitamin Shaklee murah betul sampai melangkaui harga ahli. Untuk info, produk Shaklee di Malaysia hanya dijual pada 2 harga tau iaitu Harga Retail dan Harga Ahli. Harga Ahli adalah lebih jimat dan murah sehingga 15 ke 25 peratus diskaun berbanding Harga Retail.

Jadi, dari pembekal mana seller di Shoppee ni dapatkan Shaklee sampai boleh jual semula dengan harga tersangat murah? Lagi murah dari Harga Ahli pula tu. Sangat tak logik!

Kemungkinan yang berlaku ialah seller tersebut mungkin membeli stok yang banyak tetapi tidak terjual, sehingga memaksa mereka menurunkan harga yang betul-betul tidak masuk akal. Ini bermakna, suplemen anda sudah hampir nak expired pun!

Dan itu pun kalau produk Shaklee tersebut memang ori lah..

Bagaimana kalau produk tersebut ialah tiruan pula? Botol boleh di label dan kandungan dapat diolah supaya nampak serupa yang asal tapi dengan kos yang rendah, jadi logik lah kalau harga jualan mereka pun murah-murah belaka kan? Aduh..

4. Beli di Shopee demi Cashback

Jom tengok equation kat bawah: 

Cashback Shopeee: dapat coin untuk una for next purchase dalam Shopee
Cashback Shaklee: Shaklee akan masukkan duit cas dalam account bank kita, and kita boleh guna duit tu untuk bayar bil air ke, bil elektrik ke. Apa apa sahaja sebab kita dah pegang duit cash akt tangan. 

Hmmm, mana satu lagi menguntungkan?

Jadi, anda masih nak beli di platform ecommerce? 

Tepuk dada tanya selera :) 

Ask me aytime thru this link beacons.ai/aineemj

Comments