Ada dua jalur merah dekat pregnancy test kit?
Tahniah anda HAMIL !
Mesti excited kan? Terutama bagi mereka yang dah lama tunggu ketibaan cahaya mata pertama. Mungking penantian anda selepas beberapa tahun sudah berakhir!
Selepas anda share berita gembira ini dengan keluarga dan rakan, jom kita tengok perkara lain yang anda perlu lakukan. Tips ini terutamanya untuk first time parents & parents yang dah ada anak dengan jarak umur yang jauh.
Mungkin, diorang pun dah lupa perkara apa kena buat selepas dapat berita kehamilan ini. Hihi.
Seawal usia kandungan 8 minggu, anda dah boleh ke klinik untuk dapatkan pengesahan dari doktor. Doktor akan melakukan pemeriksaan dan scan rahim anda untuk melihat kantung bayi. Pastikan anda peka dengan tarikh haid bermula bagi kitaran yang lepas untuk memudahkan jangkaan tarikh bersalin atau Estimated Due Date (EDD). Doktor juga akan bagi EDD berdasarkan scan yang dilakukan.
Kebanyakan klinik akan melalukan ujian air kencing sekali lagi ya. Sebab janin and terlalu kecil. Jadi, kalau di scan pun, mungkin tak akan namapk apa apa.
Harap bersabar ya ibu ayah sekalian. Saya tahu anda tak sabar sabar rasa nak scan and tengok anak dalam skrin tu. Hihi. Tunggu anak besar sedikit, baru lah doktor akan scan.
2. Putuskan bila dan bagaimana nak beritahu keluarga dan rakan-rakan
Ramai yang memilih untuk menunggu sehingga selepas trimester pertama atau usia kandungan mencecah 3 bulan sebab nak pastikan bayi sihat dan semuanya berjalan lancar. Tapi ada juga yang tak sabar untuk berkongsi berita gembira ini dan pilih untuk terus beritahu kepada sudi mendengar. Terpulanglah kepada anda. Bincang dengan pasangan masa yang sesuai untuk anda berdua.
Nak cara unik dan kreatif untuk buat pengumuman gembira ni? Ini adalah antara contoh yang boleh anda gunakan.
3. Daftar Buku Pink di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA)
Bagi yang merancang untuk bersalin di hospital kerajaan, anda wajib untuk mendaftar di klinik kesihatan yang terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan prenatal percuma.
Dokumen yang diperlukan untuk buat buku pink adalah:
- Kad pengenalan suami dan isteri
- Sijil nikah
- Gambar scan jika sudah sahkan kehamilan di klinik swasta
4. Jaga pemakanan seharian
Katakan “tidak” kepada mee segera, makanan ringan dan air bergas. Pastikan makanan seharian anda mempunyai semua kategori dalam piramid makanan supaya boleh salurkan nutrien yang lengkap kepada bayi.
Selain itu, antara makanan yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung seperti:
- Daging yang diproses
- Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi
- Makanan laut yang dipanggang
- Keju dan telur mentah
- Susu yang tidak dipasteur
Makanan ini perlu dielakkan kerana risau akan menganggu dan membahayakan perkembangan fetus yang sihat.
5. Rajin membaca Al-Quran
Bagi yang beragama Islam, cuba untuk luangkan masa dalam jadual seharian anda untuk membaca Al-Quran. Antara surah yang bagus dijadikan amalan ketika hamil adalah:
- Surah Al-Fatihah : untuk menenangkan hati dan menguatkan daya ingatan
- Surah Yusuf : untuk dapat anak yang cantik rupa dan akhlak
- Surah Yaasin : supaya hati lebih tenang
- Surah Luqman : untuk peroleh anak yang bijaksana
- Surah Maryam : untuk memudahkan ibu bersalin
- Surah At-Taubah : untuk bersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
- Surah Hujurat : untuk banyakkan susu ibu dan peroleh anak yang sifat berhati-hati
6. Ambil gambar sepanjang kehamilan
Bagi yang sedang hamil anak pertama, pasti ini merupakan detik terindah dalam hidup anda. Jadi apa kata rakamkannya dengan cara ini. Ambil gambar perut anda yang semakin membesar untuk dijadikan kenang-kenangan di kemudian hari.
7. Lengkapkan keperluan Trimester pertama
Ambil vitamin prenatal untuk memenuhi keperluan nutrisi bagi ibu dan bayi dalam kandungan. Terutamanya ketika trimester pertama, iaitu waktu yang kritikal bagi ibu dan bayi. Morning sickness selalu berlaku ketika di trimester pertama jadi ibu kerap loya, muntah dan tak berselera makan sedangkan bayi perlukan nutrien dari ibu untuk tumbesaran yang sihat. Sebab itulah, vitamin prenatal amat penting untuk ibu mengandung.
Set vitamin ibu hamil daripada Shaklee dapat memenuhi keperluan nutrisi untuk ibu dan kandungan.
jom baca kat sini: SINI
Xoxo,
Bonda
Comments
Post a Comment