DETOX , Bagus atau tidak?

Apa itu Detox?

Detox ni proses penyingkiran toksin atau membuang toksin atau nyah toksin daripada tubuh badan kita. Dalam badan kita ada sistem detox sendiri iaitu hati,usus,dan ginjal.

Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan membantu kita membuang segala toksin yang selama ini bertakung.

Apa itu Toksin?


Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja sama ada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.


Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan kita adalah seperti 
  1. sering letih, kurang bertenaga
  2. sakit kepala
  3. mulut berbau
  4. badan berbau
  5. insomnia (masalah tidur)
  6. mata gelap, mata merah
  7. daya ingatan tumpuan yang lemah, rasa cemas
  8. alahan
  9. masalah sinus
  10. sistem imun yang lemah
  11.  masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut,
  12. masalah sendi, masalah kulit,
  13. Selulit,
  14. kenaikan berat badan.

Kenapa perlu detox?

1. Menjadikan kita lebih sihat, bertenaga, dan fokus. Contohnya terlalu mengantuk ketika memandu, dan tak boleh fokus masa dalam meeting, padahal kita rasa dah cukup tidur waktu malam.

2. Mengurangkan craving atau mengidam terhadap benda-benda manis dan nafsu mahu makan banyak. Contohnya nak makan nasi banyak dalam satu masa.


3. Sistem penghadaman menjadi lebih lancar, dan bebas daripada masalah sembelit dan buasir. Sembelit ni bukanlah perkara yang biasa kita dengar. Contohnya dia rasa nak membuang tetapi prosesnya lambat dan boleh akibatkan buasir.

4. Bad breath no more! Iaitu nafas lebih segar dan tak berbau. Contohnya dah gosok gigi lima kali sehari, kadang-kadang lebih, tapi tetap berbau juga.

5. Kulit bebas jerawat, eczema, resdung, alergi, masalah kulit kronik, kulit muka lebih segar, dan berseri. Contohnya kulit breakout teruk dan berparut.

6. Mengelak daripada penyakit-penyakit kronik. Contohnya kencing manis, darah tinggi, dan jantung.

Doktor sendiri telah mengesyorkan kita supaya berdetox.

Kemudian, kita mesti makan makanan yang berkhasiat seperti memperbanyakkan sayur-sayuran, buah-buahan, sedikit protein, dan lemak haiwan. Dan bersenam jugak jangan lupa!

Detox juga penambah baikan kesihatan tubuh badan, melambatkan kesan penuaan, dan membaiki kulit kita. 

Jadi kita wajib tahu potion dalam makanan kita

dan kesan daripada program Detox tersebut. Kebiasaan Detox yang berkesan adalah seawal tiga hari.

"Wow! Macam tak percaya dengan keberkesanan Detox kita boleh sihat dan cergas seawal tiga hari"

Bila dah Detox jangan pula kita hentam makan makanan yang tak berkhasiat seperti makan makanan segera dan makanan yang diproses, seperti meggi, candy, cookies, McDonald, KFC, donat, hotdogs, nugget, dan air gas.

Haaa ni yang kita selalu masukkan dalam perut kan? Insaf lah !

Jadi jom tengok agen Detox yang kita ada:

Permulaan untuk orang nak kurus dan berdetox boleh ambil Alfalfa dan Herblax. Ada bajet lebih boleh tambah Dtx Complex, Peppermint Ginger Plus atau Vivix sahaja.





Buatlah Detox selama 14 hari dan in shaa Allah tidak akan adanya penyakit penyakit kronik seperti kencing manis, batu karang, dan darah tinggi.

Jadi amalkan lah amalan pemakanan yang sihat dan supplement untuk kesihatan yang baik.


Nak harga RM50 lebih murah? Klik link SINI

Xoxo, 
Bonda Ainee

Comments