Berpantang dengan Pakej Confinement Seseri Wajah Ibu

Masa bersalinkan Humayra, bonda tak berpantang dengan betul. Urut hanya sekali, bengkung pakai sekejap je sebab takde siapa nak tolong pakaikan, takde minum air herba etc. Ye lah, first time bersalin. Tak mahir dan tak ada ilmu sangat tentang berpantang ni.

Tapi, memang banyak kesan negatif bila tak berpantang betul betul huhu. Rasa sedih kalau nak list kan satu satu. Cukuplah sekadar tahu yang badan kita akan selalu sakit, urat dan sendi lenguh lenguh. Setahun setengah lepas bersalin, baru pergi mengurut. Lagi terkejut bila orang tu kata "teruknya dalam badan awak ni. Banyak darah beku". 

GULP. lagi risau bila tukang urut tu kata "bagus kalau awak ikut berpantang cara orang lama. Badan kita ni nak pakai lama, nanti kita sakit sebelum waktunya". 

My mom is 60+ years old. Looking at her current condition yang mampu berdiri sihat & angkat barang berat, buat aku terfikir balik. Mak aku dulu memang ikut pantang, sebab tu alhamdulillah dia masih sihat.

So untuk anak kedua ni, bonda decide untuk tempah pakej berpantang dengan Seseri Wajah Ibu Confinement Pakej 15 hari. Boleh click SINI untuk Seseri FB Page.

pakej berpantang seseri wajah ibu


seseri wajah ibu pakej
Ni harga sebenar pakej 15 hari. Tapi since masa cuti Deepavali haritu Seseri ada buat promotion 50%, cepat cepat aku buat payment & alhamdulillah dapat half price cut! Yeay


Pakej confinement macam ni memang bagus, especially untuk netizen yang stay kat bandar. Susah sangat nak jumpa bidan bidan kampung yang boleh urus wanita berpantang. 

So, kat bawah ni sebab kenapa bonda tempah dengan SSWI (Seseri Wajah Ibu), 
  1. Dapat 1 beg bsar penuh dengan herba, akar kayu untuk minum, krim panas, telon & tuam baby serta jamu untuk ibu and this bag is for FREE. barang ni dah termasuk dalam bayaran. Sangat menyenangkan sebab kita dah tak payah fikir mana nak cari set jamu lagi. 
  2. CL (confinement lady) dorang tolong uruskan anak sekali. Dapatlah ibu berehat lama sikit 
  3. Ada slimming session. Seronok tau dapat berpeluh peluh since badan kita tak kuat untuk buat senaman berat. Takdelah lepas session terus kurus tapi at least, dapat keluarkan peluh peluh degil. gituuu
  4. Makanan pantang disediakan sekali. Lepas survey few packages, ada yang nak kita sediakan bahan mentah & dorang akan masak kat rumah kita. For me, benda tu leceh sikit sebab nanti kena tunjuk dia kita letak garam kat mana, gula kat mana. Itu pun kalau kita sempat beli bahan mentah. Macam mana kalau tak sempat atau tertinggal salah satu bahan basah untuk dimasak, bukan kita boleh simply pergi kedai beli. Kan dah susah. 
  5. CL dorang adalah orang melayu dan bukan orang indonesia. Mostly company lain, CL mereka adalah indonesian. Based on advice mak & mertua, mereka prefer Malay. Sebagai anak yang menurut perintah, maka bonda pilih SSWI hehe
  6. Sebab masa tu ada 50% discount, so of course bonda pilih pakej ni ! hihi. Bonda dah survey banyak pakej. Memang tak akan dapat harga ni untuk pakej 15 hari. 
  7. Sebab bonda nak mak just seat back & relax, goyang kaki layan cucu baru je HAHA. Tak nak mak susah susah untuk masakkan makanan pantang & tak nak mak susah susah urut or pakaikan bengkung. 
Cukuplah masa kecik kita dah susahkan mak kita. Tak kan sekarang nak mak kita susah lagi ye dak?

confinement pakej
Ini antara produk yang dorang kasi masa kita mula sesi. Mandian herba tu dorang kasi 2 bag & akar kayu 2 bag. Seriously sedap bila dapat mandi air herba ni. Rasa segar sangat. Bau pun wangi!

Dan bonda diberitahu oleh CL yang semua produk ni homemade by their company ya. memang segala mak nenek daun tu, dorang yang keringkan & pack sendiri. Herba original tanpa sebarang bahan kimia tambahan. Best!

Ada 3 session rawatan yang customer boleh pilih ; start 7 pagi, 10:30 pagi atau 2:30 petang. In case pagi pagi korang ada appoinment dengan hospital atau KKIA, korang boleh whatsapp person in charge SSWI dan inform untuk tukar waktu rawatan atau postpone session tu ke hari yang berikutnya. Setiap session tak akan burn / void ye. Dorang akan postpone sahaja.

Kat bawah bonda share sikit turutan rawatan yang Seseri Wajah Ibu ni sediakan:
  1. Mommies kena mandi herba & bertangas sebelum CL datang rumah. Nak tahu apa tu tangas? Klik SINI
  2. Bila CL dah sampai rumah, CL akan mandi dan urutkan anak kita. (dorang akan beri free telon baby yang super wangi bau honeydew dan tuam baby. Bayi akan di tuam jika tiada jaundice. kalau jaundice, mereka tak akan tuam baby) 
  3. CL akan teruskan dengan rawatan ibu. Sama ada urutan, atau coffee scrub atau slimming session. Depends on jadual rawatan. 
  4. Habis rawatan untuk ibu, CL akan pakaikan ibu bengkung (bengkung dorang kasi free okay hehe) dan pakaikan ibu stokin 
  5. Lepastu, dorang akan pakaikan pilis (depends pada stok. masa bonda, pilis habis. Jadi dorang ganti ganti dengan krim panas) dan ikatkan rambut. 

confinement pakej
Ni masa sesi bertungku haritu dengan CL yang dia dah setkan for the whole session. 
Masa seminggu awal berpantang, baby Surfina ada jaundice. Makanya bonda kena puasa makan jamu kurus, jamu darna & air akar kayu yang disediakan. Tapi bonda tak keciwi sebab bonda ada alternatif dengan makan set lepas (postnatal) bersalin Shaklee. Bawah ni bonda share my own #ShakleeEffect


full set pregnancy hamil shaklee
Mas abonda pregnant, memang ni full set yang bonda ambil. Macam biasa, duta bonda, cik Erina entiasa akan ada di mana mana. Hehe



set lengkap berpantang shaklee
Ini pula full set berpantang shaklee


1. Alfalfa sebagai Jamu Moden
Few mommies tak suka makan jamu tradisional sebab kadang kadang tak tahan dengan bau atau mungkin terlalu panas. Jadi Alfalfa dalam bentuk kapsul memang senang dimakan. Bertindak juga as milkbooster untuk ibu dan merawat keputihan.

Boleh juga kalau ibu nak makan set ni lepas jaundice anak dah reda. Sebab tak semua bayi serasi dengan alfalfa.

2. Ostematrix, kalsium segera!
Terkenal sebagai pengganti susu sebab membekalkan kalsium pada mommies. Bonda amalkan even masa pregnant. Kadang2 kita tak sempat nak minum susu. Jadi telan je ostematrix, memang hilang simpul biawak, sakit belakang & lenguh tulang. Masa pregnant, baby pun serap kalsium dari ibu. Sebab tu ibu selalu sakit tulang since kena share kalsium dengan anak dalam rahim. Sejak makan ostematrix, bonda memang jarang cramp kaki waktu malam compared masa pregnant kan anak pertama

And side note nak cerita sikit pasal ostematrix ; tulang anak sangat kuat! Masa dalam perut, Surfina tendang kuat ya allah sampai kadang kadang herot berot perut kita dibuatnya. Bila lahir, nurse yang jaga dia pun cakap "kuatnya tendang saya". Alhamdulillah, ini tandanya anak sihat ye dok? hihi


3. B Complex & Folic Acid
Semasa hamil, pil ni penting untuk tumbesaran bayi dan untuk kesihatan ibu.
Semasa berpantang, is membantu stabilkan hormon & elakkan meroyan.
By the way, tahun ni, KKIA dah supply Folic Acid dan B Complex macam dulu. Dorang ganti dengan pil nama Zincoffer warna merah). Nurse cakap dalam 1 pil Zincoffer, dah contain B Complex + Folic Acid. Sayangnya, bonda memang akan muntah lepas telan pil tu.

Bukan bonda je kena, even nurse KKIA sendiri mengaku yang ramai orang complaint tak sesuai dengan Zincoffer. Mereka akan rasa perut berangin, pening pening dan muntah. Pernah at one time, bonda rasa nak termuntah masa tengah atas motor on the way ke office. CAN YOU IMAGINE? Nak berhenti tepi tak boleh sebab jalan narrow sangat. Semua penangan Zincoffer! Sampai office, terus pergi toilet dan memuntahkan balik segala makanan termasuk pil tu.. Uuuu~ memang tak ngam betul dengan Zincoffer ni huhuhu ☹️

4. ESP soya yang menyelerakan
Buat ibu rasa kenyang lebih lama. Paling sedap bila shake ESP dengan susu strawberry. Sedaaaap sangat! Semasa hamil, ESP bantu ibu untuk elak mengunyah jajan, biskut dan segalan mak nenek snek yang tinggi gula dan yang tak elok (sebab bantu ibu kenyang lebih lama so korang tak kan mengunyah benda tak berpekdahh haha). Lepas bersalin pula, ESP bantu ibu untuk dapat susu yang lebih pekat dan meriah

5. Vit C Plus 
Bantu menyembuhkan luka dengan cepat. Pil paling best untuk dapat kulit yang licin dan tak kering! Dan pil yang paling jimat sebab boleh tahan 6 bulan !

6. Vit Lea
Mengandungi IRON untuk bantu membina sel darah merah semula since mommies banyak hilang darah semasa proses bersalin. Vit Lea ni dia multimineral. And multimineral ni penting untuk tubuh badan mommies memandangkan makan yang terhad semasa berpantang

7. Omegaguard
My favourite jugak! (waaah, semua jenis supplement bonda favourite hehe). Sebelum bersalin, omega bantu perkembangan otak bayi. Bagi selepas bersalin, Omegaguard bantu pembakaran lemak.


Tak rugi beli set lengkap ni sebab even tempoh berpantang dah habis, kita masih boleh teruskan makan supplement ni untuk kesihatan. Each supplement tu ada function nya sendiri. Tapiii, dapatkan consultation dari authorized dealer untuk dorang ajar aturan pemakanan yang betul. Bukan main hentam je. 
Nanti kalau salah aturan makan dan pil tak bertindak balas, kan rugi je? 

Nak dapatkan set berpantang dengan aini, boleh whatsapp directly. Jangan risau, bonda tak makan orang. Bonda kasi harga kasih sayang okay? Nak beli set basic pun boleh, aini share ya. 

Selamat berpantang mommies ! Enjoy your sweet time hehe
Xoxo,
Bonda Ainee MJ





Comments