HB Low memang perkara yang menakutkan mommies sebab nanti kena marah dengan nurse kat KKIA. hehe. Tapi adakah kita betul-betul faham kenapa nurse marah kalau reading HB kita rendah?
HB rendah boleh menyebabkan Anemia. Anemia berpunca daripada kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras Hb dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.
Hemoglobin penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Masa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kenapa kurang haemoglobin boleh bahaya?
1. Letih & Lesu
Anemia boleh membuatkan seseorang berasa letih, lesu, dan lemah. Kita akan sering terasa pening, sesak nafas, atau berasa sukar untuk fokus.Ini berikutan kekurangan oksigen dan nutrien yang amat diperlukan oleh badan. Wajah seseorang juga cenderung kelihatan pucat serta tidak bermaya.
2. Tumbesaran Bayi Terbantut
Baby yang dikandungkan juga berisiko mengalami masalah tumbesaran serta keterlewatan perkembangan. Malah, bayi mungkin turut terdedah kepada risiko anemia.
3. Tumpah Darah Ketika Bersalin
Apabila bacaan Hb anda tidak menunjukkan kemajuan sehinggalah waktu bersalin, apa yang membimbangkan adalah ia berisiko menyebabkan tumpah darah. Kalau kritikal, nanti kena buat blood transfusion (pemindahan darah) terhadap mommies
4. Keguguran
Sekiranya anemia berada pada tahap yang serius, tubuh akan tidak berupaya lagi menanggung proses kehamilan, lalu menyebabkan keguguran janin yang dikandungkan.
5. Bayi Meninggal Dalam Kandungan
Komplikasi-komplikasi akibat kekurangan Hb dalam darah boleh menjadi punca bayi meninggal dalam kandungan.
6. Kelahiran Bayi Kurang Berat Badan (IUGR)
Selain itu, bahaya kurang Hb juga memberi kesan kepada kesihatan fizikal bayi sebab sejak dalam kandungan, tumbesaran baby tak normal. Bayi IUGR (IntraUterine Growth Restriction) biasanya lahir dengan berat badan yang kurang daripada normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital. Ini juga biasanya berlaku bila baby lahir pramatang, atau pun orang biasnaya panggil "baby lahir belum cukup bulan"
7. Postpartum Depression (meroyan)
Based on reading, wanita yang memiliki bacaan Hb rendah selepas bersalin lebih berisiko mengalami masalah tekanan perasaan / meroyan / postpartum depression.
Dulu, bonda sendiri ambil tak endah pasal HB. Tapi bila dengar luahan hati seorang lelaki yang anak dia dilahirkan ada masalah sikit sebab wife dia HB low masa lahirkan anak, bonda terus jadi saaaangat risau.
Bonda sendiri pernah mengalami masalah HB low dan alhamdulillah Bonda dah jumpa cara untuk naik kan reading HB. Demi anak kot ! Bonda sanggup buat apa saja asalkan anak dalam rahim ni sihat. Jom baca kat Sini --> Cara Naikkan HB Reading Akibat HB Low

Comments
Post a Comment