Sebab Utama Susu Drop !


Ramai yang tanya dalam group #TanyaDrUmmi tu kenapa mommies ada masalah susu drop. Memang kalau benda ni jadi, boleh stress sampai hantuk kepala kat dinding (ok, over haha).

**side note, siapa nak join group #TanyaDrUmmi, click SINI

Based on my own experience, kat bawah ni adalah most popular reasons kenapa susu mommies drop:



1. Stress/ Tekanan Emosi 


Stress ini sangaaaat mempengaruhi EMOSI ibu terutama yang menyusukan anak. Bila tidak gembira, hormon oksitosin berkurang dalam tubuh. Hormon oksitosin ni berkait rapat dengan perasaan ibu. Susu pun akan drop sebab tubuh tak berikan galakan kepada hormon ni bertugas sebaiknya seperti melancarkan penghasilan susu badan.

2. Kurang Supply & demand

Bila  baby makin besar, baby makin kurang menyusu. So masa tu penghasilan susu akan berkurang sebab demand berkurang. So, untuk elak supply susu makin berkurang hingga terputus, mommies kena still pam even anak tak menyusu as frequent as normal. 

3. Mindset "AKU TAK CUKUP SUSU!"

Fuhhh, benda ni memang WAJIB dielakkan ! Oncemindset kita macam tu, memang akan effect kuantiti susu kita. Sebab bila kita fikir "Tak cukup susu", memang automatik susu keluar pun segan silu sebab mindset sangat berkait rapat dengan badan. So mommies kena selalu letak mindset dalam kepala "Susu aku cukup untuk anak" 

Each time pump, kena pump sampai breast kosong. Afterwards, lagi senang untuk breast nk produce susu untuk next pumping.

4. Kerap Minum Minuman Sejuk.  

Ibu yang mengamalkan breastfeeding perlukan air yang banyak bagi mencukupkan keperluan air dalam tubuh. 
But, most mommies prefer  minum air sejuk atau berais. Iolls faham yang Malaysia ni panas and kita nak minum air sejuk. Well, boleh minum air berais tapi agak agak lah ye. Jangan all the time minum air ais. 

Macam bonda, iolls akan order "teh ais kurang ais". (haaa cemana tu? haha). Jadi rasa sejuk tu sipi sipi je. hihi

5. Kurang Makanan Bernutrisi. 

Senang cerita, faktor pemakanan yang tidak betul dan tidak sihat. Suka makan junk food daripada makan nasi dan makan makanan seimbang yang lain. 

Mommies yang betul betul menjaga kualiti makanan seimbang, mereka tidak mudah rasa penat malah lebih mudah gembira ketika menyusukan bayi kerana peroleh hasil susu yang mencukupi. 

Makanan yang seimbang juga sangat membantu susu ibu jadi berkualiti. Macam mana makanan seimbang tu? 

Kurangkan makanan yang ada banyak perisa, banyak gula, banyak minyak, garam dan mee segera. Lebihkan sayur hijau dalam hidangan. Itu sudah memadai. 

So bila susu drop, memang most mommies akan
  • fed up
  • putus asa
  • stress
  • mula salah kan diri, family, anak
  • shortcut kasi anak susu formula
Bila mommies dah mula kasi susu formula:
  • anak akan mula tolak susu ibu (sedangkan susu ibu banyak khasiat tau! rugi sangat)
  • susu badan akan berkurang & mula terputus
  • bila stop breastfeed, berat badan mommies susah untuk stabil 
  • monthly spending akan meningkat sebab uolls kena spend beli susu formula
  • bonding dgn mommies akan berkurangan 
  • IQ kurang sediti compared to anak yang berjaya disusukan selama 2 tahun 
Alhamdulillah, bonda berjaya susukan anak hingga 2 tahun! Bukan senang. memang banyak liku liku. Drama air mata confirm lah ada. 

Meh Bonda share my breastfeeding journey kat sini Atasi Masalah Susu Badan Kurang. Semoga boleh jadi reference untuk emua mommies kat luar sana okayy :) 


Comments